Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan Pembekalan
Kami menyediakan perkhidmatan lengkap dibawah satu bumbung dengan produk-produk dan perkhidmatan berkaitan dengan daging dan daging ayam itik ternakan Halal. Kami membekalkan berbagai macam daging Halal seperti kambing, lembu dan ayam. Kami juga membekalkan bahagian dalam kambing dan lembu, di antara lain seperti, limpa dan paru. Selain daripada daging, kami juga ada membekalkan makanan laut.

Kami juga boleh menyediakan tempahan istimewa (non-stock items) untuk anda yang perlu menyiapkan acara istimewa seperti keramaian, perkahwinan dsb. Hubungilah kami untuk membuat pertanyaan dan kami amat berbesar hati untuk membuat pembekalan dan penghantaran khusus untuk anda.

Perkhidmatan Nilai Tambah
Selain daripada perkhidmatan pembekalan, kami menyediakan khidmat nilai tambah (value-add) sebagai memenuhi keperluan perniagaan anda seperti, memotong, menghiris atau mencincang daging. Pemerapan (marinade) khusus mengikut citarasa anda dan pelanggan anda juga ada disediakan.

Di antara para pelanggan kami yang menggunakan khidmat seperti ini terdiri daripada dapur hotel-hotel dan kapal peleseran, restoran-restoran, syarikat-syarikat katering, kilang-kilang membuat makanan dan kafe.

Perkhidmatan Runding Cara
Kami berdedikasi dalam menyediakan yang terbaik buat anda. Kami adalah rakan anda yang pakar dalam memilih, mencari sumber, dan membekalkan daging Halal yang berkualiti;

  • Bagi Perniagaan Perkhidmatan Penyediaan Makanan – Foodservice (restoran, katering, kantin, rumah tumpangan, kafe dsb)
    Kami boleh membantu anda dalam memilih potongan daging yang terbaik mengikut bajet atau citarasa anda
  • Bagi Perniagaan Dagangan (pembekal, pedagang)
    Kami boleh membantu anda dalam mencari sumber, memilih dan memberi pilihan atau cadangan jenis lembu, kambing dan ayam serta potongan terbaik bagi pasaran yang ingin anda tembusi
  • Bagi Peniaga Runcit (gerai-gerai daging, pasaraya, dsb)
    Kami membantu anda mencari sumber daging, mencadangkan potongan daging yang sesuai, membungkus serta khidmat penghantaran ke tempat pelanggan anda

Perkhidmatan Nilai Tambah
 

Produk & Perkhidmatan Kami

- Perkhidmatan Pembekalan
- Pekhidmatan Nilai-Tambah
- Perkhidmatan Runding Cara
Ketahui Lebih Lanjut...

Matlumat Terkini

Wednesday, March 16th, 2011

MARI BERSAMA KAMI DI HALAL 2011 – SINGAPORE EXPO DEWAN 5B, BOOTH H5

  Kepada Semua Para Pelanggan Dan Teman-Teman Yang Dihormati, MW Impex Pte Ltd akan menyertai […]