Encik Mohamed Hussien
Pengurus Pembangunan Perniagaan (2009 – sekarang)
Encik Mohamed Hussien adalah seorang pakar dalam operasi kilang penyembelihan, daging Halal dan pengurusan dan pemerosesan daging dan ayam itik ternakan (poultry). Pengalaman dan latihan selama 44 tahun dalam industri ini telah membuat En Hussien sebagai di antara orang yang berwibawa dan berpengaruh dalam bidang daging Halal dan pemerosesan daging dan ayam itik ternakan. Berdasarkan pengalaman beliau inilah beliau sering diambil sebagai pakar rujuk utama oleh industri daging dan juga para penguasa makanan Halal serantau.
LATIHAN BELIAU
1966Terima biasiswa kerajaan untuk dilatih dalam operasi kilang penyembelihan dan kebersihan makanan di Slagteriskolen, Roskilde, Denmark
1985Di latih dalam bidang pemerosesan ayam itik ternakan di kilang Creswel, Eugene, Oregon, Amerika Syarikat
1999Terima latihan-latihan dalam bidang pengendalian daging-daging sejuk (chilled) di Univerisiti Victoria, Melbourne, Australia
2000Terima latihan dalam bidang metoda dan pengendalian sistem rangkaian sejuk (cold-chain) dan teknik-teknik mengekalkan kesegaran daging dari Universiti De Moines, Iowa, Amerika Syarikat
PENGALAMAN BELIAU
2009Membangun semula dan melengkapi kilang penyembelihan terbiar dan terpakai di Chakung, 40km dari barat Jakarta, Indonesia. Kilang tersebut sudah beroperasi penuh dan membekalkan daging lembu bermutu tinggi kepada 30 pasaraya Carrefour di merata Indonesia
2005Ahli Jawatankuasa Standar Halal Singapura yang dipengerusikan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)
2004 Pengarah Urusan, H&D Fresh n Frozen Food Supplier Pte Ltd, syarikat anak Melayu pertama yang membekalkan daging Halal beku ke semua pasaraya di Singapura
1998Pengurus Pembelian pasaraya Shop N Save. Mengurus pembelian daging untuk Jabatan Makan Segar pasaraya tersebut.
1994Menubuhkan bersama dan membangunkan syarikat Kosmo Poultry Ltd kepunyaan KMP Pte Ltd, anak syarikat Salim Group of Companies. Kosmo Poultry membekalkan lebih dari 2,000 ekor ayam ke restoran-restoran KFC setiap hari. Operasi syarikat ini telah lulus audit bulanan dari KFC, Dallas, Amerika Syarikat.
1991Menubuhkan dan membangunkan Indo Pacific Industries dalam perusahaan pemerosesan ayam itik ternakan. Pacific Industries adalah syarikat kepunyaan KMP, Singapore Food Industries (SFI) and Innovest.
1989Memulakan dan membangunkan kilang pemerosesan ikan dan udang buat SGF Food Industries Pte Ltd, syarikat dari Surabaya yang mengendalikan perniagaan pembukusan dan pengekspot produk makanan laut.
1985Membangunkan kilang penyembelihan Tenderfresh untuk Primary Industries Pte Ltd, anak syarikat kerajaan, Kilang ini adalah kilang pertama mengeluarkan ayam seekor Halal sejuk pertama di Singapura. Kilang ini ditubuhkan sebagai persiapan menggantikan operasi penyembelihan di pasar secara bertahap.
1974Dilantik sebagai penyelia yang bertanggungjawab di atas daging lembu sejuk setelah larangan kerajaan mengimport lembu-lembu hidup dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ini adalah sebab penularan penyakit Kaki dan Mulut (FMD) pada 1972 .
1967Membangunkan tempat penyembelihan pusat lembu dan kambing di Jurong, Singapura .