Encik Mustafa Kamal

Pengarah Urusan (1997-sekarang)

Berbekalkan dengan 35 tahun pengalaman yang mendalam dalam industri makanan beku Halal, Encik Mustafa Kamal adalah orang yang teguh pendiriannya. Beliau gigih berusaha, tegas, jujur dan bersikap penuh azam dengan mengamalkan prinsip-prinsip nilai kehidupan Islam. Alhamdulillah, beliau telah berjaya menerajui kejayaan MW Impex sejak penubuhannya pada 1997.

Hanya dengan kelulusan Cambridge Peringkat “O”, Encik Mustafa Kamal telah mula berjinak-jinak dengan perniagaan keluarga beliau sejak tahun 1970an lagi. Beliau sering membantu Allahyarham ayah beliau dalam menguruskan gerai daging di pasar Joo Chiat lama (yang kemudiannya berpindah ke Bedok North).

Ayah kepada En Mustafa Kamal adalah salah seorang pelopor industri daging Halal sejak tahun 1950an dan beliaul merupakan tunggak inspirasi dan motivasi kepada Encik Mustafa Kamal. Beliau juga telah bertungkus-lumus membimbing dan mengajar segala selok-belok dalam menjalankan perniagaan keluarga beliau kepada Encik Mustafa.

Pada 1975, ketika berumur 18 tahun, Encik Mustafa Kamal telah mengembangkan perniagaan gerai daging beliau kepada perniagaan perdagangan, pembekalan dan penjualan daging Halal bernama MW Supplier. Terdorong dengan perkembangan yang pesat serta berbekalkan cita-cita tinggi dan azam yang kuat, beliau menubuhkan syarikat swasta bernama MW Impex Pte Ltd pada tahun 1997.

Dengan rahmat Tuhan, cita-cita, visi serta kecekalan dalam menempuh dugaan, Encik Mustafa Kamal telah berjaya memimpin syarikat MW Impex Pte Ltd untuk menjadi diantara syarikat pembekal makanan beku Halal yang utama di Singapura. Beliau bersama dengan pasukan pengurusan yang berdedikasi berharap dapat mempertingkatkan kepercayaan masyarakat kepada MW Impex Pte Ltd sebagai syarikat pembekal daging Halal yang utama di Singapura dan di rantau ini.

Dengan doa dan sokongan masyarakat yang kuat Encik Mustafa Kamal percaya, MW Impex Pte Ltd akan dapat mencapai segala apa yang diusahakan, insya-Allah.

 

Produk & Perkhidmatan Kami

- Perkhidmatan Pembekalan
- Pekhidmatan Nilai-Tambah
- Perkhidmatan Runding Cara
Ketahui Lebih Lanjut...

Matlumat Terkini

Wednesday, March 16th, 2011

MARI BERSAMA KAMI DI HALAL 2011 – SINGAPORE EXPO DEWAN 5B, BOOTH H5

  Kepada Semua Para Pelanggan Dan Teman-Teman Yang Dihormati, MW Impex Pte Ltd akan menyertai […]