Falsafah Kami

HALAL THOYYIB

Konsep Halal telah lama diketahui umum. Tetapi konsep Halal sebenar juga telah lama disalah fahami oleh ramai diantara kita.

Halal adalah perkataan daripada bahasa Arab yang bermakna “dibenarkan”. Tetapi konsep Halal bukanlah hanya terhad kepada makanan. Malahan, konsep Halal merangkumi semua aspek dalam kehidupan kita seharian iaitu pengambilan, penggunaan, perbuatan, perkataan dan lintasan hati

Dalam permakanan, pengambilan makanan Halal sahaja tidak mencukupi. Ini adalah kerana, makanan Halal mestilah juga Toyyib. Ini berdasarkan ayat Al-Quran:

“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi….”
(2:168)

Dalam ayat di atas, perkataan Halal dan Toyyib tidak terpisah. Jadi, apakah makna Toyyib itu?

Toyyib itu bermakna “baik”. Dalam konteks ini, ia bermakna manusia di perintahkan makan makanan yang Halal lagi menyegarkan, menyihatkan dan memberi pemakan manfaat atau tidak memudaratkan.

Dengan itu, Halal Toyyib adalah konsep menyeluruh yang tidak boleh diasingkan. Konsep ini lah yang menjadi asas Falsafah Kualiti Kami. Buat kami, kualiti bermakna segar, selamat, baik, bersih, Halal dan disediakan mengikut kehendak & keperluan para pelanggan kami.

Di MW Impex Pte Ltd, adalah menjadi keutamaan kami untuk membekalkan kepada para pelanggan kami dengan daging yang segar, baik, bersih, selamat, disediakan mengikut hukum syara’ dan pada harga yang berpatutan. Disebabkan inilah, kami menghabiskan banyak sumber tenaga, masa dan modal agar kesemua barangan kami yang keluar dari premis kami mempunyai tahap kesegaran tinggi dan kualiti yang terjamin.

Kesemua barangan kami dibungkus dan disediakan dalam suasana bersih. Setiap bungkusan vakum dan setiap karton telah dibungkus dengan cermat dan dibekalkan dalam sistem rangkaian sejuk agar daging dan ayam tiba pada anda selamat, segar dan Toyyib. Dan kesemua daging dan ayam bekalan kami disahkan Halal oleh pengeluar sijil Halal terkemuka dunia.

 

Produk & Perkhidmatan Kami

- Perkhidmatan Pembekalan
- Pekhidmatan Nilai-Tambah
- Perkhidmatan Runding Cara
Ketahui Lebih Lanjut...

Matlumat Terkini

Wednesday, March 16th, 2011

MARI BERSAMA KAMI DI HALAL 2011 – SINGAPORE EXPO DEWAN 5B, BOOTH H5

  Kepada Semua Para Pelanggan Dan Teman-Teman Yang Dihormati, MW Impex Pte Ltd akan menyertai […]