Kualiti Kami

Berkualiti bermakna bermutu. Kami di MW Impex Pte Ltd amat mementingkan mutu keluaran produk-produk kami. Buat kami, KUALITI pada makanan bermakna sumber bahan, pengendalian, penyimpanan, penyediaan, pembungkusan dan penghantaran mestilah dalam keadaan yang mengekalkan kesegaran, selamat dimakan, bersih dan produk-produk makanan adalah berkhasiat lagi Halal.

Inilah sebabnya kami banyak menghabiskan sumber tenaga untuk memastikan daging dan ayam yang dibekalkan kepada dalam keadaan penghantaran bersuhu rendah dan terkawal. Kami sentiasa memelihara keadaan ini di dalam gedung, kilang, kawasan pembungkusan dan kenderaan penghantaran kami. Inilah sistem rangkaian kawalan sejuk. Ini adalah untuk memastikan agar mikro-organisma berbahaya tidak berkembang sehingga ia memudaratkan anda, para pelanggan kami.

Segala kemudahan dan peralatan di gedung dan kilang kami telah direka bentuk khusus mengikut ketetapan keselamatan dan kebersihan yang tinggi. Kesemua pekerja kami telah dilatih untuk mangamalkan Good Hygiene Practice (GHP) pada setiap waktu agar keselamatan makanan sentiasa terpelihara.

Kesemua pekerja kami dimestikan untuk sentiasa memakai sarung tangan dan mengenakan pakaian khusus untuk perlindungan diri dan juga makanan yang dikendali. Mereka juga dimestikan untuk sentiasa memakai sarung tangan ketika mengendalikan makanan.

Kami telah bina dan letakkan kemudahan pengendalian makanan mengikut piawaian keselamatan makanan antarbangsa. Ini termasuk mengadakan kemudahan mencuci tangan (paip mencuci tanpa menggunakan tangan) dengan air bersuhu terkawal, sabun pencuci tangan yang dibenarkan (food grade), alat pengering tangan dan tempat membuang tuala kertas terpakai.

Selebih dari itu, kami telah mengukuhkan amalan kebersihan, juga dengan mengamalkan piawaian antarabangsa. Semua ini adalah usaha kami untuk terus mengurangkan lagi kemungkinan pencemaran mikro-organisma berbahaya dengan sebaik mungkin.

Dengan itu, bolehlah anda rasa tenang dengan MW Impex dan semua jenama-jenama kami kerana produk kami bukan sahaja terjamin Halal, tetapi Halal Toyyib.

 

Produk & Perkhidmatan Kami

- Perkhidmatan Pembekalan
- Pekhidmatan Nilai-Tambah
- Perkhidmatan Runding Cara
Ketahui Lebih Lanjut...

Matlumat Terkini

Wednesday, March 16th, 2011

MARI BERSAMA KAMI DI HALAL 2011 – SINGAPORE EXPO DEWAN 5B, BOOTH H5

  Kepada Semua Para Pelanggan Dan Teman-Teman Yang Dihormati, MW Impex Pte Ltd akan menyertai […]