Puan Siti Khadijah
Pengurus Awam (2009-sekarang)
Siti Khadijah Mustafa Kamal merupakan “orang baru†dalam pengurusan MW Impex Pte Ltd. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang sosiologi dan pentadbiran perniagaan dari Universiti Teknologi Nanyang (Nanyang Technological University, NTU), di antara universiti ulung di rantau ini. Dan penyertaan beliau dalam syarikat ini adalah semacam “panggilan semula jadi†setelah tamat pembelajaran beliau di universiti pada tahun 2009.
Dengan membawa idea-idea baru dan perspektif perniagaan alternatif, Siti Khadijah berharap dapat membantu syarikat MW Impex Pte Ltd berkembang dengan lebih pesat, ke arah pasaran antarabangsa. Berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam perniagaan keluarga beliau, Siti Khadijah juga berharap beliau dapat membantu MW Impex Pte Ltd untuk terus mengecap kejayaan hingga ke generasi-generasi yang akan datang.
Dengan bimbingan ayah beliau, Encik Mustafa Kamal serta sokongan dan doa masyarakat dan para pelanggan, beliau yakin dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan baik. Beliau juga yakin dapat meneruskan legasi 50 tahun syarikat ini dan membawanya ke kemuncak yang baru, insya-Allah.
