Mengenai Kami

MW Impex Pte Ltd adalah 100% syarikat milik Muslim dan penglibatannya dalam menyediakan dan mengedarkan daging Halal telah bermula sejak tahun 1975.

Bermula daripada hanya sebuah gerai menjual daging di Bedok North, Singapura, MW Impex Pte Ltd telah berkembang untuk menjadi pembekal dan pengedar daging Halal bermutu yang utama di rantau ini.

Pada tahun 1975, kami dikenali sebagai MW Supplier. Ia merupakan perniagaan perseorangan dengan hanya berbekalkan modal sebanyak S$10,000. Pada hari ini, MW Supplier telah berubah menjadi sebuah syarikat berdaftar, MW Impex Pte Ltd. Dan Alhamdulilah, syarikat ini kini telah mengecap kemajuan dan pertumbuhan yang pesat dengan modal terbayar sebanyak S$150,000 dan menjalankan perniagaan sebanyak S$5 juta hingga S$7 juta setahun.

Perniagaan utama kami adalah pembekalan dan pengedaran daging Halal yang bermutu tinggi. Antara daging Halal yang kami edarkan termasuk daging kambing, lembu dan ayam. Daging-daging Halal bermutu kami diimport dari negara-negara pengeluar daging terkemuka seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Brazil dan Uruguay.

Para pelanggan kami termasuk restoran-restoran utama, kafeteria, kantin sekolah dan kilang-kilang, syarikat-syarikat katering, rumah-rumah tumpangan, kapal-kapal peleseran dan muatan, dan juga pasaraya-pasaraya utama.

Kami juga telah memperkenalkan beberapa jenama kami sendiri yang mudah didapati di pasaraya-pasaraya utama seperti NTUC Fairprice, Carrefour dan Giant.

Selain daripada membekalkan daging, kami juga ada membekalkan makanan laut di pasaran.

Berkembangnya perniagaan kami adalah mustahil TANPA sokongan dari anda. Kami berharap anda akan terus menyokong usaha-usaha kami dalam kami mengorak langkah mencari peluang-peluang perniagaan baru di pasaran tempatan dan juga di pasaran antarabangsa.

Sebagai syarikat yang bersijil Halal yang dikeluarkan oleh pengeluar sijil Halal utama dunia, kami akan terus memainkan peranan utama dalam membekalkan dan mengedarkan daging Halal bermutu kepada anda.

Visi Kami

Untuk Menjadi Pembekal Daging Halal Bermutu Yang Utama di Rantau ini

Misi Kami

Memberikan Perkhidmatan, Membekalkan dan Mengedarkan Barangan Bermutu, Daging yang Halal Lagi Thoyyib dan Khusus Mengikut Keperluan Para Pelanggan

 

Produk & Perkhidmatan Kami

- Perkhidmatan Pembekalan
- Pekhidmatan Nilai-Tambah
- Perkhidmatan Runding Cara
Ketahui Lebih Lanjut...

Matlumat Terkini

Wednesday, March 16th, 2011

MARI BERSAMA KAMI DI HALAL 2011 – SINGAPORE EXPO DEWAN 5B, BOOTH H5

  Kepada Semua Para Pelanggan Dan Teman-Teman Yang Dihormati, MW Impex Pte Ltd akan menyertai […]